Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Thursday, July 22, 2010

PASIR MAS..

 Petang ni aku baru sampai di PASIR MAS Kelantan, sekarang tengah break UPS aku cuti panjang siket...aku amik peluang ni nak melawat Che, dah lame x jumpe che mesti dia rindu kat aku.. Aku kat bandar PASIR MAS ni, tunggu Mer nan Afnan amik aku..arini cuaca di sini sangat lembab, baru lepas hujan yang amat lebat disertakan dengan guruh..

Lepas dorang sampai, kitorang terus g amik kereta sewa kat pakcik X ni, pastu ade ke patut pakcik X tu bagi sewa kereta yang macam "segan hidup mati tak mahu" ni dekat aku? mmg berangin lah aku, Mer cakap kat Rantau panjang ni susah nak dapat KERETA SEWA..hrmm dah Mer cakap macam tu aku ikot je lah, jadi kami balik terus ke rumah Mer..aku drive kereta yang di sewa tadi (huh!!! dah la stering berat giller, minyak pulak dekat E sape la nak sewa kereta macam tu teruk betul la Pakcik X ni..hanya tuhan saja yang membalasnya)..eeee GERAM!!!

Aku sampai terus je aku cium CHE dan salam dia, mesti dia teringat dekat aku ni..hehe perasan!!!...macam biasa lah aku tumpang tito kat bilik Adik Su. Aku ambil tuala then terus pergi mandi. SEJUK giler!! air paip, best!! tapi aku menggigil kesejukan..heee...pastu kami semua berkumpul dekat bawah, makan besar ramai-ramai..menu malam ni NASI AYAM Rantau Panjang..boleh tahan jugak ye nasi ayam kat sini..
                        
Ade orang tu kene dera dengan aku, yela sebab dia pernah janji dulu nak tumbukkan daun inai untuk aku..eeee, lame dah tak pakai inai..tak sangka pulak Mer sanggup tumbukkan inai untuk aku..katanya Anyting For Me..hahahah..tapi penyeksaan dia belum berakhir, sape nak pakai kan untuk aku?tak kan la aku kene pakai sendiri.."abang...pakaikan la inai kat jari ayang, macam mana ayang nak pakai kalu comot nanti tak cantik"..gheee~ mer mengalah dia pakaikan inai untuk sepuluh jari aku..hasil yang sangat halus..x caye eh?ok aku tunjuk hasil tangan dia..
                     
Ini adalah setelah selesai sesi membungkus inai di jari, Che suruh Mer ikat satu2 sebab Mer cakap aku tito buas?ade ke patut??ish2 x patut..( orang tua-tua kata kalu pakai inai kene tido elok2 kalu x nanti x merah, jadi Mer balut kan satu2 supaya nanti inai tu x jatuh kat tempat lain).
                    

                                               haaa!!!cantik kan jariku..

sebelum aku masuk tito, aku wish Selamat Ulang Tahun Perkenalan kite ke 3 tahun 5 bulan..tanpa abang siapalah ayang, silap2 solo lagi ayang ni taw..heee ayang sayang abang sangat2.. 

Aku bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana membukakan mataku untuk mengenali hati budi mu..ZAME 

"terima kasih sayang kerana menunaikan janji manis mu.."

No comments:

Post a Comment